Refleksi: HAU ZHEN XUAN
Nama saya Hau Zhen Xuan. Saya seorang mahasiswa dalam Universiti Taylor’s. Saya baru mula belajar tahun kedua saya dalam universiti pada semester ini. Saya berasa seronok dapat mengambil modul Bahasa Kebangsaan A. Dengan belajar modul ini, saya dapat meningkatkan Bahasa Malaysia saya, dan juga melancarkan komunikasi dengan kaum-kaum lain. Lagipun melalui modul ini, saya juga dapat mengenal beberapa lagu-lagu melayu yang enak. Selain itu, aktiviti yang dipamerkan oleh guru juga sangat tarik hati saya.
Tugasan ini, saya dapat belajar membuka blog dan memasuk maklumat ke dalam blog. Tugasan ini juga memberi saya peluang untuk mengetahui puisi-puisi tradisional melayu. Saya dapat membahagikan kerja kepada kawan-kawan untuk melaksanakan tugasan ini. Inilah juga dapat membantu kenaikan skil kepemimpinan saya. Akhirnya, saya hendak mengucapkan terima kasih atas pengajaran Puan Siti dalam semester ini kerana memberi modul ini sangat menarik.
没有评论:
发表评论