Puisi-puisi Tradisional #6
BURUNG NURI (SYAIR)
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Tema:
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Bentuk:
1. Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2. Rima akhir : a,a,a,a
3. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku perkataan.
Nilai:
1. kebijaksaan - Kita hendaklah bijak menyusun strategi dalam memikat hati insan yang kita cintai.
2. Rasional - Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sesuatu tindakan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
3. Kegigihan - Kita haruslah gigih dan tidak mudah berputus asa dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Gaya Bahasa:
Kata Ganda: Perinya akal gelap-gelita
Inversi: Dituliskan sahifah supaya nyata
Inversi: Dituliskan sahifah supaya nyata
Sinkope: Sajak dan nazam banyak tak kena
Simile: Laksana cermin jatuh ke batu
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
没有评论:
发表评论