Puisi-puisi Tradisional #3
KASIH SAYANG (PANTUN)
BUAH MENGKUDU KUSANGKA KANDIS,
KANDIS TERLETAK DI DALAM PUAN;
GULA MADU KUSANGKA MANIS,
MANIS LAGI SENYUMAN TUAN.
ASAP API DI TANJUNG TUAN,
KUALA LINGGI BAKAUNYA RENDAH;
HARAP HATI KEPADA TUAN,
LANGIT TINGGI KUPANDANG RENDAH.
ANAK UDANG MENITI BATANG,
BERASA DAHAN TERLMPAI;
MELIHAT BULAN DI PAGAR BINTANG,
BAGAIKAN RASA HENDAK DICAPAI.
JALAN-JALAN SEPANJANG JALAN,
SINGGAH MENYINGGAH DI PAGAR ORANG;
PURA-PURA MENCARI AYAM,
EKOR MATA DI ANAK ORANG.
BILA MASA DIPANGGIL MAUT,
CINTA TIDAK BERHARGA LAGI;
ASAM DI DARAT IKAN DI LAUT,
SAMPAI MASA BERJUMPA LAGI.
Maksud Pantun Kasih sayang
Rangkap 1:
Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-seri(bersinar) kerana senyumannya yang menawan.
Rangkap 2 :
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan tidak kesampaian.
Rangkap 3:
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya.
Rangkap 4:
Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk memikat anak gadis(anak perempuan) orang.
Rangkap 5:
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya.
TEMA:
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
3. Ada pembayang dan maksudnya.
4. Jumlah suku kata 4 hingga 7.
5. Pantun jenis terikat.
Gaya Bahasa
1. Bunyi - Asonansi - pengulangan vokal a - Kandis terletak dalam puan.
- Aliterasi - pengulangan konsonan d - Asam didarat ikan di laut.
2. Personifikasi - Anak udang meniti batang.
3. Repetisi - kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2)
Nilai
1. Kasih sayang
Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
2. Rasional
Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.
3. Keikhlasan
Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
diselesaikan oleh Hau Zhen Xuan
没有评论:
发表评论