2018年11月2日星期五

BUDI

Puisi-puisi Tradisional #1

BUDI (PANTUN)

TENANG-TENANG AIR DI LAUT,

SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG;

HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT,

BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.


BUNGA MELATI BUNGA DI DARAT,

BUNGA SEROJA DI TEPI KALI;

HINA BESI KERANA KARAT,

HINA MANUSIA TIDAK BERBUDI.


BUNGA CINA DI ATAS BATU,

JATUH DAUNNYA KE DALAM RUANG;

ADAT DUNIA MEMANG BERGITU,

SEBAB EMAS BUDI TERBUANG.


ANAK BERUK DI TEPI PANTAI,

PANDAI MELOMPAT PANDAI BERLARI;

BIAR BURUK KAIN DIPAKAI,

ASAL HIDUP PANDAI BERBUDI.



Maksud Pantun Budi

Rangkap 1

Budi perkerti yang baik akan senantiasa disanjung, diingati, dan menjadi sebutan orang.

Rangkap 2

Orang yang tidak bersopan dipandang keji atau rendah tarafnya sama seperti besi yangsudah berkarat.

Rangkap 3

Sudah menjadi resam hidup, iaitu kekayan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

Rangkap 4

Walaupun seseorang itu miskin, tetapi ia masih dipandang mulia sekiranya bersopansantun.


TEMA: Budi perkerti yang baik disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Bentuk:
1. pantun ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris setiap rangkapnya sama,iatu empat baris serangkap (pantun empat kerat).
3. Panjang pendek barisnya hampir sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata atau 9 hingga10 suku kata.
4. Pantun diatas berbentuk terikat atau tidak bebas.


Gaya Bahasa
1. Bunyi - Asonansi - pengulangan vokal a - Hina besi kerana karat
   - Aliterasi - pengulangan konsonan d - Asal hidup pandai berbudi
2. Sinkope - kependekan kata - Budi yang baik rasa nak junjung.
3. Diksi - bertetapan dengan maksud yang hendak disampaikan. Hina besi kerana karat.

Nilai
1. Mengenang jasa. 
Orang yang telah berjasa akan tetap dikenang dandisanjung.

2. Bersopan. 
Orang yang berbudi pekerti yang baik dipanggil mulia walaupunhidupnya miskin.




diselesaikan oleh Hau Zhen Xuan

没有评论:

发表评论