Puisi-puisi Tradisional #5
ALAM REMAJA (PANTUN)
ELOK RUPANYA KUMBANG JATI,
DIBAWA ITIK PULANG PETANG;
TIDAK TERKATAKAN BESAR HATI,
MELIHAT IBU SUDAH PULANG.
DIBAWA ITIK PULANG PETANG,
DAPAT DI RUMPUT BILANG-BILANG;
MELIHAT IBU SUDAH PULANG,
HATI CEMAS MENJADI HILANG.
AYAM KINANTAN TERBANG MENGEKAS,
HINGGAP DI RANTING BILANG-BILANG;
MELIHAT BONDA PULANG LEKAS,
HATIKU BESAR BUKAN KEPALANG.
KITA MENARI KELUAR BILIK,
SEBARANG TARI KITA TARIKAN;
KITA MENYANYI ADIK-BERADIK,
SEBARANG NYANYI KITA NYANYIKAN.
HANYUT BATANG BERLILIT KUMPAI,
TERDAMPAR DI UJUNG TANJUNG JATI;
BONDA PULANG BAPA PUN SAMPAI,
KITA SEMUA BERBESAR HATI.
RAMAI ORANG BERSORAK-SORAK,
MENEPUK GENDANG DENGAN REBANA;
ALANG BESARNYA HATI AWAK,
MENDAPAT BAJU DENGAN CELANA.
MAHULAH KAMI HENDAK MELAPUN,
LAPUN DIBAWA ORANG MENJAJA;
JANGAN MARAH KAMI BERPANTUN,
BUDAK KECIL BIASA MANJA.
Tema:
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.Maksud:
Rangkap 1 -
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
Rangkap 2 -
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Rangkap 3 -
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
Rangkap 4 -
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
Rangkap 5 -
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan masa yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
Rangkap 6 -
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
Rangkap 7 -
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.
Bentuk:
1. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Nilai:
1. kasih sayang - Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
2. bertanggungjawab - Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
3. hormat-menghormati - Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.
Gaya Bahasa:
Asonansi: Tidak terkatakan besar hati - perulangan vokal a
Aliterasi: Hanyut batang berlilit kumpai - perulangan konsonan n
Peribahasa: besar hati
Repetisi: kita
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
Aliterasi: Hanyut batang berlilit kumpai - perulangan konsonan n
Peribahasa: besar hati
Repetisi: kita
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
没有评论:
发表评论