Dalam tugasaan ini, saya belajar macam mana membuat penyelidikan. Tugasaan ini sangat seronok kerana saya dapat jumpa dengan kawan dan kita akan berbincang mengenai tugasaan kita. Saya rasa sangat gembira kerana ada kumpulan yang baik. Saya nak mengucap terima kasih ke Puan Siti kerana membimbing saya melalui modul ini.
2018年11月2日星期五
Refleksi: TANG WENG KIN
Nama saya Tang Weng Kin, saya ialah seorang pelajar di Taylor’s Universiti. Saya sedang mengambil kursus Komputer Sains. Dalam semester ini, saya rasa sangat bangga kerana dapat mengambil modul Bahasa Kebangsaan. Dalam modul ini, saya dapat belajar bahasa yang baru. Saya pun sangat gembira kerana ada pensyarah yang sangat baik, Puan Siti ialah satu pensyarah yang baik hati, dia suka menolong pelajarnya. Dia akan pastikan semua pelajar faham tentang topik yang sedang diajar.
Refleksi: HAU ZHEN XUAN
Nama saya Hau Zhen Xuan. Saya seorang mahasiswa dalam Universiti Taylor’s. Saya baru mula belajar tahun kedua saya dalam universiti pada semester ini. Saya berasa seronok dapat mengambil modul Bahasa Kebangsaan A. Dengan belajar modul ini, saya dapat meningkatkan Bahasa Malaysia saya, dan juga melancarkan komunikasi dengan kaum-kaum lain. Lagipun melalui modul ini, saya juga dapat mengenal beberapa lagu-lagu melayu yang enak. Selain itu, aktiviti yang dipamerkan oleh guru juga sangat tarik hati saya.
Tugasan ini, saya dapat belajar membuka blog dan memasuk maklumat ke dalam blog. Tugasan ini juga memberi saya peluang untuk mengetahui puisi-puisi tradisional melayu. Saya dapat membahagikan kerja kepada kawan-kawan untuk melaksanakan tugasan ini. Inilah juga dapat membantu kenaikan skil kepemimpinan saya. Akhirnya, saya hendak mengucapkan terima kasih atas pengajaran Puan Siti dalam semester ini kerana memberi modul ini sangat menarik.
BURUNG NURI
Puisi-puisi Tradisional #6
BURUNG NURI (SYAIR)
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nasta.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan.
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah tautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Tema:
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Bentuk:
1. Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2. Rima akhir : a,a,a,a
3. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku perkataan.
Nilai:
1. kebijaksaan - Kita hendaklah bijak menyusun strategi dalam memikat hati insan yang kita cintai.
2. Rasional - Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sesuatu tindakan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
3. Kegigihan - Kita haruslah gigih dan tidak mudah berputus asa dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Gaya Bahasa:
Kata Ganda: Perinya akal gelap-gelita
Inversi: Dituliskan sahifah supaya nyata
Inversi: Dituliskan sahifah supaya nyata
Sinkope: Sajak dan nazam banyak tak kena
Simile: Laksana cermin jatuh ke batu
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
ALAM REMAJA
Puisi-puisi Tradisional #5
ALAM REMAJA (PANTUN)
ELOK RUPANYA KUMBANG JATI,
DIBAWA ITIK PULANG PETANG;
TIDAK TERKATAKAN BESAR HATI,
MELIHAT IBU SUDAH PULANG.
DIBAWA ITIK PULANG PETANG,
DAPAT DI RUMPUT BILANG-BILANG;
MELIHAT IBU SUDAH PULANG,
HATI CEMAS MENJADI HILANG.
AYAM KINANTAN TERBANG MENGEKAS,
HINGGAP DI RANTING BILANG-BILANG;
MELIHAT BONDA PULANG LEKAS,
HATIKU BESAR BUKAN KEPALANG.
KITA MENARI KELUAR BILIK,
SEBARANG TARI KITA TARIKAN;
KITA MENYANYI ADIK-BERADIK,
SEBARANG NYANYI KITA NYANYIKAN.
HANYUT BATANG BERLILIT KUMPAI,
TERDAMPAR DI UJUNG TANJUNG JATI;
BONDA PULANG BAPA PUN SAMPAI,
KITA SEMUA BERBESAR HATI.
RAMAI ORANG BERSORAK-SORAK,
MENEPUK GENDANG DENGAN REBANA;
ALANG BESARNYA HATI AWAK,
MENDAPAT BAJU DENGAN CELANA.
MAHULAH KAMI HENDAK MELAPUN,
LAPUN DIBAWA ORANG MENJAJA;
JANGAN MARAH KAMI BERPANTUN,
BUDAK KECIL BIASA MANJA.
Tema:
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.Maksud:
Rangkap 1 -
Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
Rangkap 2 -
Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Rangkap 3 -
Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
Rangkap 4 -
Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
Rangkap 5 -
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan masa yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
Rangkap 6 -
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
Rangkap 7 -
Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.
Bentuk:
1. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
Nilai:
1. kasih sayang - Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
2. bertanggungjawab - Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
3. hormat-menghormati - Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.
Gaya Bahasa:
Asonansi: Tidak terkatakan besar hati - perulangan vokal a
Aliterasi: Hanyut batang berlilit kumpai - perulangan konsonan n
Peribahasa: besar hati
Repetisi: kita
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
Aliterasi: Hanyut batang berlilit kumpai - perulangan konsonan n
Peribahasa: besar hati
Repetisi: kita
diselesaikan oleh Tang Weng Kin
NASIHAT
Puisi-puisi Tradisional #4
NASIHAT (PANTUN)
TANAM BALIK BUAH PERIA,
BUAH PERIA MAHAL SEKALI;
BUAT BAIK BERPADA-PADA,
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.
KETUA-KETUA RAJA DUDUK,
JANGAN DITIMPA PAGAN;
DIKETAHUI GANJA ITU MABUK,
APAKAH SEBAB MAKA DIMAKAN?
MENINJAU BERPADI MASAK,
BATANG KAPAS BERTIMBUL JALAN;
HATI RISAU DIBAWA GELAK,
BAGAI PANAS MENGANDUNG HUJAN.
PULAU DI BALIK PULAU GOSONG,
PANDAN DI JAWA DIRANGGUNGKAN;
JANGAN KATA TERDORONG-DORONG,
BADAN DAN NYAWA MENANGGUNGKAN.
HANGUS BERTIH BERWARNA MERAH,
MARI DITUANG KE DALAM KAIN;
SUAMI YANG LETIH USAH DIMARAH,
KELAK TERBANG KE BUNGA LAIN.
ANAK CINA MEMBAWA SURAT,
DARI PERAK LANGSUNG KE DELI;
HIDUP DI DUNIA BIAR BERADAT,
BAHASA TIDAK DIJUAL BELI.
PISANG KELAT DIGONGGONG HELANG,
JATUH KE LUBUK LNDERAGIRI;
JIKALAU BERDAGANG KE RANTAU ORANG,
BAIK-BAIK MEMBAWA DIRI.
Tema:
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan. Pelanggaran norma dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan.
Maksud:
Rangkap 1 -
Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih- lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.
Rangkap 2 -
Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.
Rangkap 3 -
Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.
Rangkap 4 -
Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.
Rangkap 5 -
Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain.
Rangkap 6 -
Anak hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.
Rangkap 7 -
Para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri di tempat orang.
Bentuk:
1. Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris satu rangkap.
3. Ada pembayang dan maksudnya.
4. Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku kata.
5. Pantun ini berbentuk terikat.
Nilai:
1. baik hati - Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
2. rasional - Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa.
3. berhati-hati - Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana.
Gaya Bahasa:
Asonansi: Batang kapas bertimbal jalan - perulangan vokal a
Aliterasi: Buat baik berpada-pada - perulangan konsonan b
Inversi: Buat jahat jangan sekali
Simile: Bagai panas mengandung hujan
KASIH SAYANG
Puisi-puisi Tradisional #3
KASIH SAYANG (PANTUN)
BUAH MENGKUDU KUSANGKA KANDIS,
KANDIS TERLETAK DI DALAM PUAN;
GULA MADU KUSANGKA MANIS,
MANIS LAGI SENYUMAN TUAN.
ASAP API DI TANJUNG TUAN,
KUALA LINGGI BAKAUNYA RENDAH;
HARAP HATI KEPADA TUAN,
LANGIT TINGGI KUPANDANG RENDAH.
ANAK UDANG MENITI BATANG,
BERASA DAHAN TERLMPAI;
MELIHAT BULAN DI PAGAR BINTANG,
BAGAIKAN RASA HENDAK DICAPAI.
JALAN-JALAN SEPANJANG JALAN,
SINGGAH MENYINGGAH DI PAGAR ORANG;
PURA-PURA MENCARI AYAM,
EKOR MATA DI ANAK ORANG.
BILA MASA DIPANGGIL MAUT,
CINTA TIDAK BERHARGA LAGI;
ASAM DI DARAT IKAN DI LAUT,
SAMPAI MASA BERJUMPA LAGI.
Maksud Pantun Kasih sayang
Rangkap 1:
Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-seri(bersinar) kerana senyumannya yang menawan.
Rangkap 2 :
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, harapan tidak kesampaian.
Rangkap 3:
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya.
Rangkap 4:
Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk memikat anak gadis(anak perempuan) orang.
Rangkap 5:
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya.
TEMA:
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup bersama-sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
3. Ada pembayang dan maksudnya.
4. Jumlah suku kata 4 hingga 7.
5. Pantun jenis terikat.
Gaya Bahasa
1. Bunyi - Asonansi - pengulangan vokal a - Kandis terletak dalam puan.
- Aliterasi - pengulangan konsonan d - Asam didarat ikan di laut.
2. Personifikasi - Anak udang meniti batang.
3. Repetisi - kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2)
Nilai
1. Kasih sayang
Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
2. Rasional
Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.
3. Keikhlasan
Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
diselesaikan oleh Hau Zhen Xuan
JENAKA dan SINDIRAN
Puisi-puisi Tradisional #2
JENAKA dan SINDIRAN (PANTUN)
APA GUNA BERKAIN BATIK,
KALAU TIDAK MEMAKAI CERPAL;
APALAH GUNA BERISTERI CANTIK,
KALAU TIDAK PANDAI MENUMBUK SAMBAL.
DARI KELANG LALU KE JAWA,
NAIK SIGAI KE ATAS ATAP;
IKAN KERING LAGI KETAWA,
MENDENGAR TUPAI MEMBACA KITAB.
AMBIL SEGULUNG ROTAN SAGA,
SURUH DIAMBIL MARI DIURUT;
DUDUK TERMENUNG HARIMAU TUA,
MELIHAT KAMBING MENCABUT JANGGUT.
KUPU-KUPU TERBANG MELINTANG,
HINGGAP MENGHISAP BUNGA LAYU;
HATI DI DALAM MENARUH BIMBANG,
MELIHAT IKAN MEMANJAT KAYU.
LEBAT SUNGGUH PADI DI PAYA,
KAYU TUMBANG DI PANGKALAN;
HAIRAN SEKALI HATI SAYA,
BURUNG TERBANG DISAMBAR IKAN.
Maksud Pantun Jenaka dan sindiran
Rangkap 1
Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika diatidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Kitab selalunya dibaca oleh orang yangberpengetahuan. Oleh sebab itu, jika orang yangdianggap tidak berilmu menunjukkankemahirannya, pihak lain pasti akan ketawa keranatidak percaya.
Rangkap 3
Orang yang pernah berkuasa tidak akan dapatberbuat apa-apa kepada rakyat biasa apabilakuasanya telah hilang.
Rangkap 4
Keupayaan seseorang yang biasanya dianggaphanya layak berada di bawah akan menimbulkankebimbangan kepada orang atasan.
Rangkap 5
Apabila orang bawahan mendapat kuasa danberjaya menjatuhkan orang atasan danberpengaruh, tentulah akan menimbulkankehairanan.
TEMA: Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.
Bentuk:
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac.
6. Pantun ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa
1. Bunyi - Asonansi - pengulangan vokal a - Kalau tidak memakai capal
- Aliterasi - pengulangan konsonan m - Melihat ikan memanjat kayu
3. Sinkope – kependekan kata - Kalau tak pandai menumbuk sambal
4. Personifikasi – pemberian siat-sifat manusia kepada benda tidak bernyawa
-Ikan kering lagi ketawa
-Mendengar tupai membaca kitab
5. Unsur alam:
-Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
-Tumbuhan – rotan, saga
Nilai
1. Bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
2. Kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
3. Rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
diselesaikan oleh Hau Zhen Xuan
BUDI
Puisi-puisi Tradisional #1
BUDI (PANTUN)
TENANG-TENANG AIR DI LAUT,
SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG;
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT,
BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.
BUNGA MELATI BUNGA DI DARAT,
BUNGA SEROJA DI TEPI KALI;
HINA BESI KERANA KARAT,
HINA MANUSIA TIDAK BERBUDI.
BUNGA CINA DI ATAS BATU,
JATUH DAUNNYA KE DALAM RUANG;
ADAT DUNIA MEMANG BERGITU,
SEBAB EMAS BUDI TERBUANG.
ANAK BERUK DI TEPI PANTAI,
PANDAI MELOMPAT PANDAI BERLARI;
BIAR BURUK KAIN DIPAKAI,
ASAL HIDUP PANDAI BERBUDI.
Maksud Pantun Budi
Rangkap 1
Budi perkerti yang baik akan senantiasa disanjung, diingati, dan menjadi sebutan orang.
Rangkap 2
Orang yang tidak bersopan dipandang keji atau rendah tarafnya sama seperti besi yangsudah berkarat.
Rangkap 3
Sudah menjadi resam hidup, iaitu kekayan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Rangkap 4
Walaupun seseorang itu miskin, tetapi ia masih dipandang mulia sekiranya bersopansantun.
TEMA: Budi perkerti yang baik disanjung dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Bentuk:
1. pantun ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris setiap rangkapnya sama,iatu empat baris serangkap (pantun empat kerat).
3. Panjang pendek barisnya hampir sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata atau 9 hingga10 suku kata.
4. Pantun diatas berbentuk terikat atau tidak bebas.
Nilai
Bentuk:
1. pantun ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris setiap rangkapnya sama,iatu empat baris serangkap (pantun empat kerat).
3. Panjang pendek barisnya hampir sama, iaitu antara 3 hingga 6 patah kata atau 9 hingga10 suku kata.
4. Pantun diatas berbentuk terikat atau tidak bebas.
Gaya Bahasa
1. Bunyi - Asonansi - pengulangan vokal a - Hina besi kerana karat
- Aliterasi - pengulangan konsonan d - Asal hidup pandai berbudi
2. Sinkope - kependekan kata - Budi yang baik rasa nak junjung.
3. Diksi - bertetapan dengan maksud yang hendak disampaikan. Hina besi kerana karat.
1. Mengenang jasa.
Orang yang telah berjasa akan tetap dikenang dandisanjung.
2. Bersopan.
Orang yang berbudi pekerti yang baik dipanggil mulia walaupunhidupnya miskin.
Orang yang telah berjasa akan tetap dikenang dandisanjung.
2. Bersopan.
Orang yang berbudi pekerti yang baik dipanggil mulia walaupunhidupnya miskin.
diselesaikan oleh Hau Zhen Xuan
Pengenalan: TANG WENG KIN
Nama: Tang Weng Kin
Umur: 20
Hari Jadi: 1998. 09. 08
Seks: Lelaki
Kaum: Cina
Hobi: Tidur, Lepak dan Makan
Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Ingerris
2018年11月1日星期四
Pengenalan: HAU ZHEN XUAN
Nama: Hau Zhen Xuan
Umur: 20
Hari jadi: 1998.11.18
Seks: Lelaki
Kaum: Cina
Hobi: bermain komputer, berjogging, berenang, bermain badminton
Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris
Umur: 20
Hari jadi: 1998.11.18
Seks: Lelaki
Kaum: Cina
Hobi: bermain komputer, berjogging, berenang, bermain badminton
Bahasa: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris
订阅:
博文 (Atom)